Friday, October 20, 2017





(Surah Al-Imran. Ayat 139)
" Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman"


Aku ingin berkongsi sedikit tips untuk menghilangkan duka lara di hati...Maybe korang disana pernah terluka, di lukakan dan semua yang sangkut paut bab luka....so just nak share something yg perhaps membantu korang nanti....

First tanya diri korang..dah faham bab rukun iman?PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR?Actually aku sendiri pun pada awal frust menonggeng memang teruk.Kecewa malah merasakan tiada keadilan untuk aku.Aku baik dengan orang, baik dengan semua..jaga hati dan tak suka menyakiti kenapa Allah duga aku camni?Apa salah aku?Haaaaaa....nilah soklan yang mmg aku akan tanya salahkan DIA.Korang rasanya pun sama cam aku jugak kan?Sebab apa kita question kat Tuhan bila kita kecewa atau marah walhal masa happy kita tak ingat pun kan?


Surah Al-'Ankabuut;2&3

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah lebih mengetahui mana orang-orang yang benar-benar beriman dan mana orang-orang yang berdusta.

Berimankah kita?Kerana dilukai lelaki?kerana di permainkan perempuan?Kerana di caci?Kerana di fitnah?Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan para sahabat dan Rasulullah s.a.w?Apalah sangat dugaan ini nak dibandingkan dengan Kisah Nabi Daud?Nabi Ismail?Nabi Nuh?Rasulullah saw wahima sekalipun...apakah kita berani mempersoalkan apa yang DIA sedang lakukan hanya kerana secebis hati yang hancur?Patutkah bunuh diri?keluar agama islam?Benci org muslim?.....Aku pasti itu pernah dirasakan korang...aku pernah lalui saat itu..

Allah Subhanahu waTa’ala berfirman:
إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mahu menerima hidayah. [al-Qashash 28:56] 


Sedalam manapun luka di hati kita...sesakit manapun..kembali pada basic...Solat...Memang aku cakap mudah pada korang...Aku tak rasa cam korang rasa...WALLAHI....percayalah..aku pernah melalui detik paling teruk dalam hidup aku..malah aku pernah putus asa dari Rahmat Allah dan Kehidupan...Aku pernah melalui travelog hidup yang menyedihkan..trauma malah aku rasa kebaikan yang aku berikan selama ini di perdagangkan...Nah!! Apa yang korang rasakan aku pernah rasa dan lalui..malah aku lebih derita dari kalian....

         
Fitnah...Dera,Disakiti,dikhianati malah di sakiti itu hanya sedikit...Bebanan jiwa lebih dari itu telah ku rasa..Tak siapa yang akan bantu korang kalau korang taknak BANTU diri sendiri.Orang lain hanya mampu simpati...Yes thats normal..Itulah sifat manusia ..kesian dan kemudian pergi.


Surah An-Nisa,:126:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُّحِيطًا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.




Aku bukanlah astiazah
Meski pengetahuanku berlebihan
Aku juga manusia biasa
Terbias dengan dosa dan kelemahan
Kerana
Kita hanya manusia
Bukan malaikat
Jauh sekali dari Para Nabi terdahulu
Iman ku lemah
iman kalian barangkali lebih kuat
Bangkitlah dari kesedihan
Tanyakan pada diri
Apakah tujuan hidupmu di dunia?
adakah hanya untuk menghancurkan diri?
Tidak mahukah kalian bahagia
Di akhirat kelak?
Percayalah ...setiap kesusahan ada kebahagian..ada jalan penyelesaian..maka janganlah terus bersedih hati....
Bercinta, berkasih, berpisah dan Terluka itu biasa
Mampukah kita pertahankan demi agama?
melakukan silap itu manusia..
Justeru bangkitlah semula
Susun hidup kalian dan Mulakan sekali lagi.....