Monday, October 16, 2017

Mengejar Rindu






Sesekali hati terpukul ..Rindunya pada dia...Tak faham kenapa aku masih teringat suara dan hilai tawa....Aku memang rasa agak sunyi...Bila dia ada gurauan , marah, senda semua teriang-ngiang di telinga...Seseoarng yg sangat ISTIMEWA....Dia bukan kekasih..bukan ....Dia adalah sahabat yg paling rapat...Kerana itu aku rasa amat terluka sangat-sangat bila sahabat yang selama ini menemani aku , yang memberikan motivasinya..bertukar pendapat bila ke gym dan segalanya kami share bersama..Aku perlukan sahabat..ITU SAHAJA.

Satu ketika dahulu aku punya 2 orang sahabat yg sangat baik.Aku sayangkan mereka .Malangnya salah seoarng antara kami bertiga akhirnya mengkhianati persahabatan kami untuk melayakkan diri "Cemerlang".Dari bahasa yg baik dia memakiku dihadapan orang ramai ...aku speechless macam tak percaya itulah sahabatku yg aku hormati.Duit mahupun kekayaan tidak boleh beli kasih sayangku terhadap dia.Dan kami akhirnya mulai renggang...Tinggal aku dan seorang lagi sahabatku Mek...Allah lebih sayangkan dia..seminggu selepas ayahku meninggal...Mek tinggalkan aku sendiri.Sejak itu aku tidak membenarkan sesiapa pun menjadi sahabatku.Sikap lemah lembut dan ambil beratku tetap ada cuma untuk rapat dengan sesiapapun tidak mungkin.Paranoid ...


Akhirnya dia berjaya menjadi sahabat ku..menggantikan sahabatku yang terdahulu..Aku bertukar ceria, ketawa dan sinar bahagia tu sentiasa ada di wajahku.Segalanya berubah...Aku sayangkannya kerana Allah..Kerana dia adalah orang yang paling rapat denganku.Yang paling banyak berkongsi cerita dan kehidupan.Sikapnya yang berubah secara tiba-tiba membuatku sangat-sangat TERLUKA.Namun aku memaafkan dia kerana Allah.Kami bertemu Kerana Allah begitu jualah kami berpisah.